Wednesday, 26 September 2012

Matematik

Hai semua!:)
Hari ini mari kita lihat beberapa BSPP yang dapat digunakan oleh guru untuk mengajar topik tambah kepada murid pemulihan. 






Semoga gambar-gambar di atas dapat memberi idea kepada guru-guru lain untuk membina BSPP bagi mengajar kemahiran menambah kepada murid. :)


lagu anak rusa nani





Hai semua!
Cuba kamu klik pada gambar di bawah.
Mari kita nyanyi sambil baca lirik lagu ini bersama-sama! ;)



Cikgu harap kamu dapat belajar sesuatu mengenai lagu yang telah kamu dengar.

senyum selalu!;)

ayat V+KVK

                                   
     Hai semua!
Mari kita baca ayat-ayat di bawah. :)

                                



Bolehkah kamu baca semua ayat di atas dengan betul.
Cikgu harap kamu dapat membacanya dengan baik. :)


Senyum selalu! :)

Kampung saya!

Hai semua!
Cuba baca ayat-ayat di bawah.
Ayat-ayat di bawah menceritakan tentang kampung saya! :)

                                                           








Sekarang cuba jawab soalan-soalan di bawah pula. :)



                            




Semoga anda peroleh ilmu yang banyak dalam pelajaran pada hari ini.
Hingga bertemu lagi
senyum selalu! :)

cari perbezaan antara gambar!

Hai semua!

Apa khabar?
Diharapkan kamu semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja. :)

Mari kita lihat gambar-gambar di bawah.
Kedua-dua gambar nampak sama, tetapi ada perbezaannya.
Cuba kamu cari!



Cuba cari beza yang terdapat pada gambar di atas! :)


Bagaimana?adakah anda jumpa perbezaan yang terdapat pada gambar berikut?



Cikgu harap anda berasa seronok melakukan aktiviti ini.
Semoga bertemu lagi!


senyum selalu :)

Belajar ABC! :)

Hai semua!
Nak tahu tak apa kita akan belajar pada hari ini?
Ayuh!mari kita lihat sama-sama. :)












Thursday, 20 September 2012

anggota badan saya!



Hai semua!
Hari ini kita akan belajar mengenai anggota badan!
Mari sama-sama kita belajar ya! :)







Bagaimana?
Cuba anda nyatakan semula anggota-anggota badan yang telah anda belajar. :)

1._________________________
2._________________________
3._________________________
4._________________________
5._________________________
6._________________________
7._________________________
8._________________________

Thursday, 13 September 2012

KENAL BENTUK




Hai semua!
Mari kita kenal bentuk-bentuk dibawah!
:)




Bintang

Bulat

Hati

Segi Empat Tepat

Segi empat sama

Segi tiga


Cuba kamu nyatakan semula bentuk-bentuk yang telah kamu pelajari. Nyatakan warna bagi setiap bentuk-bentuk tersebut.
Semoga kamu peroleh sesuatu melalui topik yang kita belajar pada hari ini.;)



Senyum selalu!;)









Ibu.Emak.Umi.Mama. :)


Hai semua!

Ibu,tanpa dia siapa kita. :)
Hari ini kita akan belajar tentang puisi ibu.
Mari baca puisi ini bersama-sama cikgu. :)



Jasa ibu 


Ibu mu sakit berbagai-bagai
Lahirkan engkau bidan pun capai
Dibagi mandi terkuai kapai
Diambil bedung dibagi pakai

Perit letih tidak pernah sudah
Besarkan kamu amatlah payah
Jangan lupa penat dan lelah
Ibu mengasuh tak pernah sudah

Jasa ibu harus dikenang
Bukan ringgit yang nak dicanang
Tapi kasih anak dipandang
Tanda pengorbanan ibu menatang

Bila pangkat sudah di tangan
Bila berada di puncak awan
Ibu dulu pernah berangan
Anak dididik tak lupa daratan

Bonda mengasuh tak pernah jemu
Erti penat tak pernah bertamu
Jangan derhaka pada bondamu
Kelak menyesal di pusara ibu.






Hargai ibu kamu selagi mereka ada!

Senyum selalu! ;)









MARI KENALI HAIWAN DI SEKELILING KITA!

 Hai semua!


Hari ini kita akan belajar tentang haiwan!
Cuba kamu sebutkan satu haiwan kegemaran kamu.




Seronok tak?
Apa kata kalau kamu sebutkan satu haiwan yang telah kamu pelajari tadi. :)


Sekarang kita akan belajar untuk mengenali bunyi-bunyi haiwan!;)






Sayangi haiwan kerana mereka juga makhluk Tuhan ya semua! :)






Senyum selalu!;)






HURUF SAYA!




Hai semua! :)

Hari ini cikgu mahu uji kamu!
Cuba kamu sebutkan huruf-huruf yang ada pada bakul kucing dibawah!
Mari kenal huruf bersama-sama cikgu! :)



























Bagaimana?
Adakah kamu kenal semua huruf-huruf di atas?
Tahniah jika ya.Jika tidak,jangan risau.
Cikgu sedia membantu kamu!



Senyum selalu! :)









Hai semua!
Apa khabar?:)
Harap kamu sihat-sihat sahaja!
Hari ini kita akan belajar mengira dengan cepat!



                               










Cikgu harap kamu akan lebih suka untuk mengira selepas ini! :)



Senyum selalu! :)



MARI BERMAIN BERSAMA!




Hai semua!;)

Cuba cari benda yang cikgu sebutkan.
Terdapat banyak benda yang tersebunyi pada gambar di bawah!
Mari main bersana cikgu! :)



 
Eyesight Challenge » Puzzle games






Senyum selalu! :)




MARI MENYANYI! :)





Hai semua! ;)

Hari ini kita akan belajar sambil bernyanyi!
Nyanyi sambil menari ya?
Mari nyanyi bersama-sama!

:)






Cuba baca semula lirik lagu yang telah kamu nyanyi!
Jangan risau, cikgu akan tolong! :)

Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai

Tenang-tenang air di laut
Sampan golek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa dijunjung

Ikan kekek mak ilui-ilui
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak ilui-ilui
Pulang sama mak ilai-ilai




Senyum selalu! :)






MARI MEMBACA BERSAMA-SAMA




Hai semua!
Apa khabar!
Diharapkan kamu semua sihat-sihat sahaja!
Hari ini kita akan belajar membaca lagi!
Mari ikut cikgu baca ya!
Baca dengan kuat! :)




                                 
                                            


Cuba beritahu cikgu perkataan-perkataan yang telah kamu pelajari.

Bagaimana?

Boleh kamu senaraikan?


Semoga kita berjumpa lagi di lain hari!


Senyum selalu! ;)






    




Hai semua!!
Hari ini kita akan belajar untuk membaca!
Cuba ikut cikgu baca semua perkataan di bawah ini.
Kalau tak tahu,tanya cikgu ya!
:)









Bagaimana?
Seronok tak belajar dengan cikgu?
Semoga kamu semua dapat membaca dengan lebih baik ya!


Senyum selalu! :)

Sunday, 9 September 2012

PENGGUNAAN KAD SUKU KATA


Hai semua! :)

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen penting untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M.  
Kad suku kata merupakan salah satu bahan sumber pengajaran yang sesuai untuk digunakan terhadap murid pemulihan.
Berikut merupakan beberapa gambar proses pengajaran menggunakan kad suku kata terhadap murid pemulihan. :)

murid membaca suku-suku kata yang terdapat pada kad.


murid cuba mencantumkan suku-suku kata membentuk perkataan yang bermakna

murid membaca perkataan-perkataan yang telah dibina


murid cuba mengeja perkataan tanpa melihat kad-kad tersebut

Murid mengeja semula suku-suku kata yang belum dapat dikuasai olehnya.


Kesimpulannya, seorang guru pemulihan harus bijak dalam memilih BSPP (bahan sumber pengajaran dan pembelajaran) yang baik bagi memastikan penguasaan murid terhadap masalah yang dihadapi dapat ditingkatkan. :)



Senyum selalu!:)






Hai semua!:)

Ayah adalah orang sentiasa berada di sisi kita dan merupakan idola kita.
Mari kita baca sajak di bawah bersama-sama. :)
Hadiahkan sajak ini untuk ayah kamu!


 Ayah,
Kau raja di hatiku,
Kau juga pelita hidupku,
Kala aku sedih kau ada disisiku
Kala aku jatuh kau ada temani aku
Ayah,
Kau jaga kami sekeluarga,
Titik peluhmu sungguh kami hargai,
Kau bahagiakan kami
Kau tatang kami bagai minyak yang penuh,
Benar, kami sayang padamu
Oh ayah,
Aku  janji padamu,
Untuk belajar hingga berjaya,
Aku janji padamu,
Untuk balas segala jasamu
Terima kasih ayah!






*Penggunaan sajak juga dapat digunakan sebagai bahan pengajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Berikut merupakan contoh pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan sajak ‘Ayah’

Pengajaran guru : Sajak (Ayah)
1. Guru meminta murid untuk menceritakan tentang ayah mereka masing-masing.
2. Murid diajar untuk mendeklamasikan sajak dengan cara yang betul.
3. Setiap murid diminta untuk mendeklamiskkan beberapa potong ayat yang terdapat pada sajak tersebut.
4.Murid diminta untuk mereka beberapa potong ayat dan menyampaikan sajak mereka secara spontan dihadapan kelas.
5. Murid diedarkan dengan lembaran kerja yang berkaitan dengan sajak tersebut.
6. hasil kerja murid disemak oleh guru.



Senyum selalu!;)



saya sayang ayah saya!;)

















PENDIDIKAN PEMULIHAN

Hai semua! :)

Entri pada kali ini akan menerangkan serba sedikit tentang pendidikan pemulihan.
Apakah yang anda tahu mengenai PENDIDIKAN PEMULIHAN?:)


Berikut merupakan serba sedikit penerangan tentang pendidikan pemulihan di Malaysia.


Definisi Program Pemulihan Khas

“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”

Definisi Murid Pemulihan Khas

“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

Matlamat
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat:
a) menguasai kemahiran asas 3M
b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa
c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran




Kesimpulannya, pendidikan pemulihan merupakan pendidikan yang perlu diteruskan bagi membantu murid-murid yang lemah dan tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.





mereka istimewa di mata saya! :)

CERITA SANG KANCIL DAN BUAYA

Hai semua! :)
Sebelum kita mula belajar pada hari ini, boleh kamu beritahu haiwan apakah yang ada di bawah ini.
Ini apa?  Ini  _ a _c_l.
.
Ini pula apa? Ini b_a_a.

Adakah kamu dapat jawab soalan-soalan di atas?:)

Jika ya,mari kita tengok cerita mengenai mereka!

Klik pada
video di atas.



Ceritakan semula apa yang kamu telah pelajari melalui kisah sang kancil dan sang buaya..

Jumpa lagi di lain hari!


Senyum selalu!! :)