Asssalamualaikum dan salam sejahtera.
Diharapkan dengan adanya blog ini,anda dapat memperoleh sesuatu serta berkongsi pelbagai maklumat demi memantapkan pendidikan pemulihan di negara kita, Malaysia. :)
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen penting untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M.
Kad suku kata merupakan salah satu bahan sumber pengajaran yang sesuai untuk digunakan terhadap murid pemulihan.
Berikut merupakan beberapa gambar proses pengajaran menggunakan kad suku kata terhadap murid pemulihan. :)
murid membaca suku-suku kata yang terdapat pada kad.
murid cuba mencantumkan suku-suku kata membentuk perkataan yang bermakna
murid membaca perkataan-perkataan yang telah dibina
murid cuba mengeja perkataan tanpa melihat kad-kad tersebut
Murid mengeja semula suku-suku kata yang belum dapat dikuasai olehnya.
Kesimpulannya, seorang guru pemulihan harus bijak dalam memilih BSPP (bahan sumber pengajaran dan pembelajaran) yang baik bagi memastikan penguasaan murid terhadap masalah yang dihadapi dapat ditingkatkan. :)
Senyum selalu!:)
Hai semua!:)
Ayah adalah orang sentiasa berada di sisi kita dan merupakan idola kita.
Mari kita baca sajak di bawah bersama-sama. :)
Hadiahkan sajak ini untuk ayah kamu!
Ayah,
Kau raja di hatiku,
Kau juga pelita hidupku,
Kala aku sedih kau ada disisiku
Kala aku jatuh kau ada temani aku
Ayah,
Kau jaga kami sekeluarga,
Titik peluhmu sungguh kami hargai,
Kau bahagiakan kami
Kau tatang kami bagai minyak yang penuh,
Benar, kami sayang padamu
Oh ayah,
Aku janji padamu,
Untuk belajar hingga berjaya,
Aku janji padamu,
Untuk balas segala jasamu
Terima kasih ayah!
*Penggunaan sajak juga dapat digunakan sebagai bahan pengajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Berikut merupakan contoh pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan sajak ‘Ayah’
Pengajaran guru : Sajak (Ayah)
1. Guru meminta murid untuk menceritakan tentang ayah mereka masing-masing.
2. Murid diajar untuk mendeklamasikan sajak dengan cara yang betul.
3. Setiap murid diminta untuk mendeklamiskkan beberapa potong ayat yang terdapat pada sajak tersebut.
4.Murid diminta untuk mereka beberapa potong ayat dan menyampaikan sajak mereka secara spontan dihadapan kelas.
5. Murid diedarkan dengan lembaran kerja yang berkaitan dengan sajak tersebut.
Entri pada kali ini akan menerangkan serba sedikit tentang pendidikan pemulihan.
Apakah yang anda tahu mengenai PENDIDIKAN PEMULIHAN?:)
Berikut merupakan serba sedikit penerangan tentang pendidikan pemulihan di Malaysia.
Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
Definisi Murid Pemulihan Khas
“Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
Matlamat
Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.
Objektif
Setelah mengikuti program ini murid dapat: a) menguasai kemahiran asas 3M b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran
Kesimpulannya, pendidikan pemulihan merupakan pendidikan yang perlu diteruskan bagi membantu murid-murid yang lemah dan tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana.